Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Ibu hamil dan puasa

Salam Ramadhan..

 

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke-6 bulan Ramadhan. Untuk ibu hamil dan ibu menyusu, tentu ada sedikit kegusaran tentang kesihatan diri dan bayi semasa berpuasa. Untuk ibu yang hamil dan menyusu, memang ada keringanan untuk mereka. Ini kerana keperluan tenaga yang digunakan seharian dan tahap kesihatan berbeza dari seorang ibu ke seorang ibu. Islam agama yang mudah dan ringan tetapi bukan untuk dimudah-mudahkan atau diringan-ringankan.

Ramai yang viralkan hadis seperti di bawah :

Kata Ibn ‘Abbas: “Jika wanita hamil bimbang (kesihatan) dirinya, ataupun ibu yang menyusu bimbangkan anaknya -pada bulan ramadan- maka mereka boleh berbuka dan (menggantikannya) dengan memberi makan setiap hari seorang miskin (iaitu membayar fidyah) dan mereka TIDAK PERLU mengganti puasa ( tidak wajib qada puasa)” – riwayat al-Tabari sanadnya memenuhi syarat sahih al-Imam Muslim.

Kami ada bertanya kepada Ustazah Maznah Daud dan jawapannya :

Para fuqaha ada berbincang tentang ini, dan mejoriti berpendapat WAJIB QADHA sekiranya tak larat atau tak mampu atau bimbangkan kesihatan diri sendiri, tak perlu bayar fidyah. Jika bimbangkan kesihatan si anak WAJIB bayar fidyah. Ringkasnya seperti gambar di bawah.

Ibu hamil dan puasa

Ijmak ulama telah berbincang dan bersepakat, jadi janganlah sampai kita meringan-ringankan hukum hanya kerana 1 hadis. Sebab mungkin ada hadis dan ayat Al-Quran lain lagi yang lebih kuat.

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Surah Al-Baqarah : 183-184)

Hukum berpuasa itu wajib supaya kita bertaqwa tetapi ada keringanan. Pernah dengar ustaz cakap, Islam tu memang mudah sebab Allah dah tahu sifat manusia, jadi segala hukum memang bertepatan dengan keperluan dan kemampuan manusia. Cuma kita rasa susah mungkin kerana jarang buat dan kurang keimanan. Dalam Al-Quran pun ada sebut, solat tu sangat berat dan untuk orang-orang yang bersabar tapi sebab dah biasa buat dari kecil, rasa dah biasa je solat (walaupun kadang mungkin tak sempurna dan tak cukup khusyuk happy  ) Sebab itu juga, sepanjang tahun ada hari-hari sunat puasa, supaya tidaklah kita terkejut bila sampai bulan Ramadhan nak terus puasa sebulan.

 

Berbalik kepada ibu hamil, setiap orang lain tahap kesihatan dan kemampuannya. Tapi selagi kita tak cuba, mana kita nak tahu tahap kemampuan kita kan. Bukan just simply, ‘oh, saya mengandung tak payah puasa.’, ‘oh, saya ibu menyusu tak payah la puasa.’ sedangkan bulan Ramadhan itu sangat banyak keberkatannya. Rugi sangat kalau tinggal tapi kalau terpaksa tinggal, masih terdapat banyak lagi amal untuk dapatkan pahala di bulan Ramadhan.

Untuk ibu hamil yang berada di awal trimester, mungkin banyak alahan yang tidak memungkinkan ibu tadi berpuasa. Menurut Dr Zubaidi, pakar perubatan tidak menggalakkan ibu hamil berpuasa di 3 bulan pertama. Ini kerana banyak komplikasi yang tidak menyenangkan disamping bayi perlukan lebih nutrien. Jadi, penting untuk ibu periksa tahap kesihatan dan berbincang dengan doktor masing-masing supaya tidak membahayakan diri dan bayi. Untuk ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, sakit buah pinggang dan lain-lain mungkin tidak dibenarkan berpuasa. (sumber)

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar Ampang Putri, Dr Ariza Mohamed pula, berkata ibu hamil masih boleh berpuasa kerana ia tidak memberi kesan kepada perkembangan bayi. Kajian kesihatan mendapati ibu mengandung yang berpuasa tidak menjejaskan kandungan walaupun kadangkala tidak selesa terutama pada tahap tiga bulan pertama kandungan. (sumber)

Tips pemakanan semasa hamil dan puasa

Ibu hamil digalakkan makan dengan jumlah sedikit tetapi kerap, walau bagaimana pun di bulan puasa, ibu hamil tidak dapat makan dengan kerap. Jadi penting untuk rancang pemakanan dengan baik semasa di bulan puasa. Ini membantu mengekalkan nutrisi dan mengurangkan simptom kehamilan seperti mual, pedih ulu hati dan sebagainya.

  • berbuka dan sahur dengan 3 biji kurma atau lebih
  • Ambil pemakanan seimbang yang lengkap untuk memenuhi nutrisi seharian
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan. Karbohidrat kompleks, seperti yang didapati daripada bijirin penuh mil dan benih, dan makanan tinggi serat, seperti dal, sayur-sayuran dan buah-buahan kering, akan memberikan tenaga. Ini juga akan membantu untuk mengelakkan sembelit.
  • Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Ini akan membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Cuba minum kira-kira 1.5  hingga 2 liter air atau minuman lain dari masa berbuka puasa hingga sahur dan elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh. Kafein menyebabkan badan anda kehilangan lebih air semasa kencing, dan anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Elakkan juga makanan yang tinggi lemak dan terlalu diproses. Buat pilihan yang lebih sihat seperti kentang atau kacang kuda.

sumber

Makanan tambahan untuk ibu hamil ketika puasa

Alhamdulillah, dah 3 kali diberi peluang hamil semasa di bulan Ramadhan termasuk kali ini. Kali pertama, seminggu selepas puasa kalau tak silap, buat pregnancy test dan positif. Alhamdulillah, masa tu belum ada alahan sangat. Tapi ada berbuka sekali sebab tak tahan sangat. Kali kedua masa second trimester, ada juga tertinggal sehari sebab tak bangun sahur. Pukul 6 menggigil-gigil rasa nak pitam tapi sayang nak berbuka. Suami paksa juga berbuka sebab dah tahap membahayakan diri tu. huhu. Untuk kehamilan kedua dan ketiga, saya ambil produk Shaklee untuk membantu kesihatan saya. Ini yang saya ambil di bulan Ramadhan ini.

  • ESP – sumber protein dengan GI rendah. Membantu mengekalkan tenaga kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan seperti karbohidrat kompleks. Selain itu, memang cukup untuk keperluan protein dalam badan. Saya ambil semasa berbuka dan sahur. Kadang-kala sebelum tidur pun ambil juga.
  • Performance Drink – minuman eletrolit untuk memastikan badan saya sentiasa terhidrat dan cukup air. Seharian dah berpuasa tak minum, badan jadi kering. Jadi saya pastikan akan ambil semasa sahur dan berbuka juga untuk gantikan air dalam badan. Biasanya saya campur sekali dengan ESP.
  • Meal Shakes – multivitamin yang lengkap juga dengan protein dan serat. Suka bau vanilla dia, jadi saya campur sikit dengan ESP. Kalau dah ambil multivit, tak perlu pun takpe. Tapi saya suka meal shakes ni.
  • B complex – ini memang wajib la untuk ibu hamil kan. seperti semua tahu, b complex ni memang penting untuk tumbesaran bayi dalam perut. Selain tu, bagi saya lebih tenaga dan bangun lebih segar.
  • Ostematrix – ini memang vitamin kegemaran saya yang tak boleh tinggal. ianya kalsium-magnesium lengkap dengan vitamin D. Membantu mengurangkan cramp semasa hamil, tidur lebih nyenyak dan mengurangkan sembelit. Saya ambil 4 biji sebelum tidur bersama-sama B complex
  • Vita lea & vit C – vita lea adalah multivitamin & multimineral lengkap dengan iron. Pengambilan bersama vit C penting untuk memastikan penyerapan iron dengan baik. Lebih-lebih lagi untuk saya yang selalu Hb rendah semasa hamil. Selain tu, membantu memenuhi keperluan nutrisi saya yang diambil setiap hari dan kuatkan imun sistem juga. Biasa masa hamil imun sistem memang rendah sikit,

Dan tentunya pengambilan air masak secukupnya di waktu malam. Selang masa semasa terawikh, saya minum air masak sikit-sikit.

Testimonial

ibu hamil dan puasa

 

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Leave a Reply

CommentLuv badge

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?