Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Resipi masakan ayam dalam pantang

Assalamualaikum..

Semalam dah share resipi ikan dalam pantang. Hari ni share resipi masakan ayam dalam pantang pula. Saya masukkan sekali daging, nasi dan sayur. Ikut kata mak saya boleh makan ayam tapi jangan makan kulit. Ataupun paling baik masak ayam kampung. Ada juga orang yang tak makan ayam langsung masa dalam pantang. Ikut badan masing-masing.

Mak saya kata boleh je makan, jangan manjakan sangat badan. Nanti takut lepas pantang badan terkejut. Dan kalau dah biasa pantang tak makan ayam, next time berpantang pun takleh makan ayam kata orang. Takut badan tak serasi. Apapun, ikut pada penerimaan badan masing-masing.

Bagi saya, masa berpantang ni kita kena jaga juga nutrien. Sebab nak menyusukan anak lagi, nak jaga anak lagi. Jadi kita pun perlu sihat dan kuat. Perlu cukup nutrien dalam badan. Walaupun ada ambil supplemen, tapi jangan tinggal langsung pula nutrien dari makanan sebab supplemen tu cuma tambahan.

Menu Ayam / Daging

Paling senang buat ayam/daging bakar. Perap je dengan lada hitam, bawang putih dan garam. Boleh juga tambah kicap sket. Kemudian bungkus dalam aluminium foil dan bakar. Selain dari itu…

resipi masakan dalam pantang

Daging Rebus Asam

Bahan-bahan:
Semangkuk daging yang dipotong kepingan
Setengah inci halia
Setengah inci lengkuas
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
Sesudu teh ketumbar ditumbuk kasar
Sekeping asam keping
Garam
Air

Cara-cara:
1. Tumbuk halia, lengkuas, bawang putih dan bawang kecil hingga lumat.
2. Kemudian, rebus daging bersama bahan-bahan yang ditumbuk bersama ketumbar sehingga daging empuk.
3. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam. Biarkan merenih seketika sebelum dihidangkan.

Asam keping bagus untuk melancarkan sistem penghadaman serta membantu mengempiskan perut selepas bersalin.

resipi masakan ayam dalam pantang

Ayam Panggang Halia

Bahan-bahan : 
Ayam
Halia (ditumbuk)
Serbuk kunyit
Garam
Bawang putih (ditumbuk)
Lada hitam (ditumbuk)

Cara-cara :

1. Bersihkan ayam dan potong kecil2.
2. Gaulkan ayam dengan kunyit garam dan bahan2 tumbuk.
3. Bungkus ayam dalam aluminuim foil
4. Boleh dibakar/dipanggang sehingga masak

resipi masakan ayam dalam pantang

AYAM KUKUS HALIA
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
9 ketul ayam
2 biji bawang putih (tumbuk)
3 cm halia (tumbuk)
1 sudu kecil halia (tumbuk)
1 biji bawang Holland (hiris )
5 cm halia (hiris memanjang)
1 batang serai (hiris serong)
Gula dan garam secukupnya

CARA-CARA:
1-Tumbuk lada hitam, bawang putih dan (halia 3cm).
2-Gaulkan ayam dengan bahan yang telah ditumbuk, serai, halia yg dihiri (5cm),gula dan garam dalam loyang.
3-Panaskan kukusan dan masukkan loyang yg berisi ayam.
4-Kukus selama 20 minit.*Beberapa minit sebelum api ditutup, taburkan bawang holland di atas ayam.Tutup periuk sebentar.
5-Tutup api.

resipi masakan ayam dalam pantang

Ayam panggang madu

Bahan-bahan :
Paha dan kepak ayam – sebaiknya tidak dibuang kulit supaya isi ayam tidak hangit dan kekal lembap selepas dipanggang
Seinci halia ditumbuk halus
Seinci kunyit hidup ditumbuk halus
Sesudu besar lada hitam ditumbuk kasar
Sesudu besar sos tiram
Sesudu besar madu
Sesudu besar kicap manis
Garam
Sedikit majerin

Cara memasak:
1. Cucuk isi ayam dengan garfu bagi membolehkan perapan meresap ke dalam isi ayam.
2. Perap isi ayam dengan semua bahan kecuali marjerin selama sekurang-kurangnya 1 jam.
3. Panaskan kuali pemanggang dan leserkan sedikit marjerin sebelum memanggang.
4. Panggang ayam sehingga ayam masak. Hidangkan.

p/s – masa makan elakkan makan kulit, dikhuatiri gatal

resipi masakan ayam dalam pantang

Sup Ayam Berempah

Bahan-bahan:
2 ketul ayam
Sekeping halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebatang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sekuntum bunga lawang
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Sesudu teh biji ketumbar
Sedikit lobak merah didadu
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air
Air
Garam
Minyak masak

Cara memasak:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah sehingga kekuningan.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam.
4. Masukkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk.
6. Perasakan dengan lada hitam dan garam.
7. Masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan merenih seketika dan hidangkan.

Menu Nasi / Sayur

resipi masakan ayam dalam pantang

Nasi Ulam Ringkas

Bahan-bahan:
Semangkuk nasi
Ulaman yg dihiris halus secukupnya (pegaga, daun lemuni, daun kunyit, pucuk ulam raja – pilihan ulam sesuka hati)
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
Sebatang serai dihiris bahagian yang putih sahaja
2 ulas bawang kecil dimayang
1 sudu besar lada hitam
Segenggam ikan bilis digoreng tanpa minyak
2 sudu besar santan pekat dipanaskan sehingga pekat

Cara penyediaan:
1. Tumbuk halia, kunyit hidup, lengkuas, serai, ikan bilis dan lada hitam sehingga lumat.
2. Kemudian, gabungkan bahan yang ditumbuk dengan nasi dan ulaman serta hirisan bawang.
3. Hidangkan dan nikmati semasa masih segar.

resipi masakan ayam dalam pantang

Kerabu Pegaga

Bahan-bahan:
Pegaga yang dihiris secukupnya
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
1 sudu teh lada hitam
Segenggam ikan bilis

Cara memasak:
1. Tumbuk semua bahan kecuali pegaga hingga agak lumat.
2. Goreng bahan yang ditumbuk tanpa minyak sehingga agak garing.
3. Gaulkan dengan hirisan pegaga dan hidangkan bersama nasi panas sementara kerabu masih segar.

resipi masakan ayam dalam pantang

Sup Lobak Putih

Bahan-bahan

1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
Sedikit daun kucai
2 ulas Bawang putih
2 ulas bawang merah
Lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak

1. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama.
2. Sedia untuk dihidangkan

Lobak putih membantu membanyakkan susu ibu.

resipi masakan ayam dalam pantang

Sayur sawi masak rebus

Bahan-bahan

Sayur Sawi
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Lada hitam (kalau nak pedas, letak lah banyak)
Sedikit ketumbar
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Bawang putih & bawang merah boleh ditumbuk atau dihiris sahaja.
2. Tumbuk / blender lada hitam dan ketumbar.
3. Panaskan air didalam periuk, selepas menggelegak, masukkan bahan2 rempah diikuti dengan sayur.
4. Tutup api dan sayur sedia untuk dimakan

Kalau nak tengok resipi ikan untuk dalam pantang boleh klik SINI ya.

Letak dalam blog, senang sikit nak refer di kemudian hari kan.

 

Selamat mencuba!!

 

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Leave a Reply

CommentLuv badge

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?