Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Resipi Masakan Dalam Pantang

Assalamualaikum…

Dah lama tak update blog ni. Sepanjang kehamilan ketiga ni memang pelbagai ujian sampai kadang-kadang tak larat dibuatnya. Alhamdulillah, pejam celik dah masuk ke 7 bulan. Dah mula nak kena basuh baju-baju bayi dan fikir masa berpantang nanti macam mana. Jadi saya pun mencari-cari resipi masakan dalam pantang.

 

Ada pernah nampak orang share resipi masakan dalam pantang tapi nampak macam tak sesuai dengan selera. Kalau ikut mak saya, dia tak bagi makan ikan masin dalam pantang, nanti darah nifas berbau. Saya pun memang tak berapa suka makan ikan masin (kalau tak pantang pun). Jadi saya cari resipi yang mudah dan sesuai ikut selera saya. Resipi-resipi ni hasil carian dari beberapa blog.

 

Resipi Masakan Dalam Pantang

resipi masakan dalam pantang

Tips ni sama seperti yang mak saya pesan

Resipi Masakan Dalam Pantang

Menu Ikan

resipi masakan dalam pantang

 

Bawal Stim Lada Hitam

Bahan-bahan:
Ikan bawal – seekor dan dikelar
Sesudu besar sos tiram
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Garam
Setengah inci halia dihiris
Seulas bawang putih dihiris
Sedikit hirisan bawang kuning Holland
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang

Cara memasak:
1. Gaulkan semua bahan dan lumurkan ikan.dengan bahan-bahan.
2. Masukkan bahan-bahan ke dalam bekas untuk mengukus.
3. Kukus ikan sehingga masak dan hidangkan.

Resipi masakan dalam pantang

IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:

1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak
Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.

Haruan bakar lemak lada hitam

Haruan Bakar Lemak Lada Hitam

Bahan-Bahan :

1 ekor ikan haruan
450ml santan
8 biji bawang merah – dikisar
3 biji bawang putih – dikisar
3 sm halia – dikisar
2 sudu besar lada hitam – dikisar
3 keping asam gelugor
2 batang serai – dititik
1 helai daun kunyit – dicarik
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

1. Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Panggang sehingga masak. Ketepikan.
3. Satukan bahan kisar bersama daun kunyit, serai dan santan didalam periuk. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan tadi dan bubuh garam dan asam gelugor.
5. Kacau hingga sekata dan angkat apabila mendidih.

resipi masakan dalam pantang

Ikan Bawal Kukus Asam Jawa

Bahan – bahan :
Ikan bawal dikelar sedikit
Dua keping halia dihiris
Sekeping kunyit hidup dihiris
Asam jawa – saya guna 1 sudu teh pes asam jawa Adabi
Lada hitam ditumbuk
Garam

Cara memasak :
Lumurkan kesemua bahan pada ikan dan kukus ikan sehingga masak. Hidangkan.

resipi masakan dalam pantang

Ikan Bilis Lada Hitam

Bahan-bahan : 
1/2 kilo ikan bilis sedang besar
200 gram lada hitam
2 inchi halia

Cara-cara : 
1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan toskan minyaknya.
2. Tumbuk ikan bilis separuh hancur
3. Tumbuk halia dan lada hitam.
4. Gaulkan bersama ikan bilis
5. Goreng tanpa minyak untuk bagi lebih kering.

resipi masakan dalam pantang

IKAN PANGGANG BERKARI

Bahannya:
Ikan (ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit
garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang – boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.

resipi masakan dalam pantang

IKAN PINDANG

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan (ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 – 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.

resipi masakan dalam pantang

IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis
Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas…boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak…anggaran 10-12 min atau hingga masak.

resipi masakan dalam pantang

Sup Ikan Merah

Bahan tumisan:
Sedikit minyak masak
Sekeping halia dihiris memanjang
Dua ulas bawang putih dihiris memanjang
Dua ulas bawang kecil dimayang
Sebatang kecil kulit kayu manis
Sekuntum bunga lawang
Setengah sudu teh ketumbar
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
Sesudu teh lada hitam ditumbuk

Bahan lain :
2 keping ikan merah
3 cawan air
Garam
Sedikit daun bawang dan daun sup yang dihiris

Cara memasak:

1. Dengan api sederhana, panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan sehingga harum dan kekuningan.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan dan biarkan mendidih seketika.
4. Perasakan dengan garam. Masukkan hirisan daun bawang dan daun sup.
5. Ikan tidak perlu dimasak terlalu lama. Jika tidak isinya akan terasa kering tetapi jangan pula tidak sempurna masaknya.
6. Enak dihidangkan dengan nasi panas. Selamat mencuba!

resipi masakan dalam pantang

Sup Ikan Haruan

Bahan-Bahan : 

1 ekor ikan haruan
3 tangkai daun sup – dihiris
3 biji bawang merah – dikisar
2 biji bawang putih – dikisar
1 1/2 sm halia – dikisar
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak Masak

Cara Membuatnya : 

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau
2. Kemudian masukan air. Biarkan sehingga mendidih
3. Masukan ikan, lada hitam dan garam
4. Setelah ikan masak , taburkan hirisan daun sup

resipi masakan dalam pantang

Ikan Tenggiri Goreng Halia

Bahannya:

1 keping ikan tenggiri
4 gm halia – di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak
Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
4. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
5. Masukkan ikan semula.
6. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
7. Angkat ikan.
8. Taburkan halia goreng di atasnya.

 

Hari ni share menu ikan dulu la. Dah panjang sangat pula entry. Esok saya share resipi untuk daging, ayam, nasi dan sayur pula.

Selamat mencuba!!

Kalau pantang sendiri pun insyaAllah boleh dibuat.

Sumber :
Kebun Sejemput
Penjaga Pantang
Ikan n Fish

 

Kepada blog/website lain yang saya terlupa nak masukkan minta halal ye. Dah tak ingat ambil dari mana.

2 Responses to “Resipi Masakan Dalam Pantang”

Leave a Reply

CommentLuv badge

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?