Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Tips potty train anak

Assalamualaikum..

 

Hari ni share tips potty train anak. Anak dara ni berbeza sikit dengan abang dia. Kuat rebel. Tips ni saya refer juga dari sini. Pertama sekali, kena persiapkan mental kita sendiri sebagai ibu bapa. Dan kena banyak bersabar. Memang kadang-kala akan stress, tapi cuba tenangkan diri sebab nanti anak-anak pun jadi stress dan terus tak mahu teruskan potty training. Jadi hari ni, saya share 11 tips potty train anak.

1. Pastikan anak sudah bersedia

Hanya ibu bapa sendiri yang tahu bila anaknya bersedia untuk ke tandas. Tapi biasanya bila dia dah pandai beritahu dia tengah kencing atau buang air besar dalam pampers, mungkin dia dah bersedia untuk ke tandas. Ataupun bila dia kencing atau buang air besar, dia akan duduk diam, kemudian baru sambung main.

Saya ambil masa beberapa bulan juga, untuk cerita dengan dia dan gunakan ayat-ayat memujuk. Jangan mulakan lagi. Cuma sebut berulang-ulang kali. Bagi dia rasa keseronokan untuk buang air di tandas.

‘dah besar tak boleh pakai pampers dah’
‘tengok, semua orang pakai seluar dalam. Zilal nak pakai seluar dalam?’
‘Nanti kita belajar kencing kat toilet nak? Semua orang kencing kat toilet, kan.’
‘Minggu depan, kita start belajar kencing kat toilet ya?’

2. Pilih tarikh dan buat perancangan

Pilih tarikh yang sesuai untuk anda dan anak anda dan buat perancangan yang sesuai. Contohnya mungkin boleh mulakan semasa hari jadinya yang ke-3 tahun atau semasa cuti sekolah atau selepas pulang bercuti. Lebih mudah, pilih untuk mulakan dengan hari Isnin supaya kita lebih mudah monitor anak.

3. Minta bantuan abang/kakak untuk bantu

Jika ada abang atau kakak, minta mereka ajak adik untuk ke tandas. Minda mereka yang lebih besar untuk ingatkan adik untuk ke tandas. Yang ini, saya tak buat sebab Zilal tak berapa boleh dengan Muadz. Susah nak dengar cakap Muadz. Lagipun berlainan jantina. Jadi, saya lebih selesa jika saya yang ajar ke tandas dan ajar cara cuci dengan betul.

4. Fokus latihan di siang hari terlebih dahulu

Kadang-kala anak-anak tak sedar bila dia terkencing semasa tidur. Jadi, fokus untuk latihan di siang hari terlebih dahulu. Waktu malam pakaikan dulu pampers sehingga anak belajar tahan kencing di siang hari. Bila dah ok, boleh kejutkan anak bangun di tengah malam untuk buang air kecil. Zilal masih akan bangun minta susu di malam hari, jadi sekarang, ayahnya ajak dia untuk kencing dulu sebelum beri susu lagi.

5. Sentiasa berada di rumah

Dalam tempoh latihan seminggu atau 2 minggu, penting untuk anak berada dekat dengan tandas dan tandas yang biasa digunakan supaya boleh terus berlari ke tandas, bila tak tahan. Jadi, pastikan semasa latihan ini, anda kosongkan jadual dari pergi berjalan dan tumpukan perhatian untuk latihan ini terlebih dahulu.

Saya membuat kesilapan kecil. Selepas seminggu berjaya training di rumah, kami bercuti bersama keluarga. Disebabkan risau tak jumpa tandas, kami pakaikan pampers. Mula-mula dia beritahu kami, nak kencing tapi sebab tak jumpa toilet, kami cakap ‘kencing je la dalam pampers’. Lama-lama dia dah tak beritahu, dan setiap kali ajak ke tandas dia tak mahu. Di rumah pun banyak kali terbabas semula. Jadi beberapa hari sebelum mula sekolah, kami mulakan latihan sekali lagi.

6. Setkan masa

Setkan masa untuk ke tandas. Contohnya, pada awalnya mungkin setiap 30 minit. Walaupun anak kata tak mahu ke tandas, pimpin tangan dan ajak juga ke tandas. Hari kedua, mungkin boleh lambatkan dalam setiap sejam bergantung pada progress anak. lama-lama anak akan tahu bila rasa nak ke tandas, dan akan beritahu bila perlu ke tandas.

7. Gunakan potty training pants

Potty training pants adalah seluar dalam yang ada kain tebal sedikit untuk menampung sekiranya anak terkencing sedikit. Jika banyak memang akan tembus dan bocor juga tapi sekurang-kurangnya mereka tahu untuk rasa basah dan tak selesa. Ini potty training pants Zilal. Corak mickey tu beli dari FB PAMA & Kids.

tips potty train

8. Reward, reward, reward

Berikan ganjaran kepada anak sekiranya berjaya ke tandas. tak perlu ganjaran yang mahal2. Untuk Zilal, saya gunakan sticker. Setiap kali berjaya ke tandas, saya akan berikan 1 sticker untuk di tampal sendiri. Anda boleh gunakan apa sahaja untuk memotivasikan anak anda.

Ini sticker Zilal. Boleh nampak perkembangan dia. Sticker yang ada bunga menunjukkan dia pergi ke tandas sendiri tanpa ummi beritahu untuk ke tandas.

tips potty train

Tanda X bila dia kencing dalam seluar, dapat bunga keliling sticker bila dia sendiri yang cakap nak pergi toilet

9. Beri anak minum air

Beri anak minum air supaya dia belajar rasa untuk buang air kecil bila pundi kencing penuh. Biarkan dia minum seperti biasa dan jangan halang anak minum lebih air. Beberapa minit selepas minum air, anda boleh ajak anak ke tandas.

10. Gunakan anak patung untuk tunjukkan cara

Anda boleh gunakan anak patung untuk tunjukkan cara ke tandas dan cara cuci dengan betul. Setiap kali anak ke tandas, pastikan dia guna degan bersih.

11. Lipat semua karpet dan alas tilam dengan waterproof mat

Untuk tidak membanyakkan kerja anda, lipat semua karpet. Jadi kalau anak terlepas pun, anak hanya perlu mop lantai dan tak perlu basuh karpet. Di rumah saya memang guna evamatik mat, jadi cuma lap dan mop sahaja bila terlepas. Selain itu, untuk tilam, saya guna alas waterproof. Jadi kalau terlepas, sekurang-kurangnya saya cuma basuh alas tersebut, tak perlu nak angkat tilam yang berat tu untuk jemur. Masa alas tu dibasuh, kadang-kala saya beri dia pakai Cloth Diapers jenis pull-up pants. Saya letak 1 microfleece insert di dalamnya. Jadi, kalau terlepas pun takkan bocor ke tilam, selain tu anak dapat rasa basah dan akan ke tandas. Waterproof-sheet protector boleh dapatkan dari sini.

Tips potty train

Cloth diapers dari zaman Muadz untuk tidur petang

Tips potty train

Alas cadar supaya tak tembus ke tilam

Kalau ada tips potty train yang lain, jomlah kongsi bersama. Mungkin ada yang saya terlepas pandang. Sekarang ni Zilal 100% diaperless, tapi kadang-kadang bocor juga kalau tak ingatkan dia untuk ke tandas. Kat tadika pun ada bekalkan pampers, kot-kot cikgu dia tak rajin nak layan asyik bocor.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?