Bell’s Palsy – Lumpuh sebelah muka

Assalamualaikum…

Pernah dengar Bell’s Palsy? Jujurnya saya tak pernah dengar pun Bell’s Palsy ni. Tiba-tiba ada kawan tanya testimoni Vivix untuk Bell’s Palsy. Saya fikirkan mungkin ada orang yang minta dan bertanya kepadanya. Jadi saya google dan kongsi hasil carian kepadanya.

Selepas beberapa hari, baru saya tahu bahawa dia sendiri sebenarnya yang mengalami Bell’s Palsy. Terkejut sangat rasa. Terus google info tentang penyakit Bell’s Palsy ni.

Apa itu Bell’s Palsy?

Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas. Bell’s Palsy ni bukan strok tau. Pesakit strok biasanya bukan sahaja lumpuh di bahagian muka tetapi juga tangan dan beberapa bahagian badan yang lain disebabkan masalah pada otak. Manakala penyakit Bell’s Palsy hanya menyebabkan lumpuh pada bahagian muka disebabkan oleh masalah pada saraf dan bukan berpunca dari tekanan darah tinggi atau kencing manis.

bells-palsy-1

Vivix bantu perokok tegar berhenti merokok

Simptom dan Tanda Penyakit Bell’s Palsy

Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.

Sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Bell’s palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres.

bells-palsy-2

Rawatan Penyakit Bell’s Palsy

Doktor biasanya akan memberi pesakit ubat makan steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan peningkatan. Bagi masalah yang dikenalpasti berpunca daripada radang, doktor akan memberi antiviral berserta steroid.

Rawatan fisioterapi kadangkala diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi kata beliau adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Bagi masalah Bell’s palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu.

Vivix bantu kawal kencing manis

Vivix Rawatan Alternatif Bell’s Palsy

Berbalik kepada kawan saya tadi, selepas membaca testimoni pesakit Bell’s Palsy yang sembuh setelah 90 hari mengambil Vivix, akhirnya dia membuat keputusan untuk membeli Vivix. Mujur dia ada keahlian Shaklee, jadi dapatlah membeli dengan harga ahli. (Eh, kalau tak ahli pun, beli 2 botol Vivix automatik dapat keahlian PERCUMA tau!)

Saya benar-benar berharap semoga dia cepat sembuh dan semoga Vivix dapat membantu menyihatkan badannya.

 

Sumber : Utusan, GenkiMomma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge